GEORGE TOWN: Kepulangan pemain tengah baharu Penang FC, Syamer Kutty Abba yang mempunyai pengalaman luas dalam pengembangan karier mampu memberi kekuatan tambahan kepada skuad Harimau Kumbang mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata pengalaman Syamer bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
"Apabila saya bertanyakan kepada Syamer mengenai kepulangannya ke Pulau Pinang dan dia bagi satu respons yang positif, jadi saya rasa ini satu (peluang) yang terbaik untuk pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Akmal Rizal berkata kelebihan anak jati Pulau Pinang itu sebagai pemain tengah bertahan dalam pasukan yang mampu menguatkan lagi posisi tersebut sekali gus Harimau Kumbang berpeluang untuk menguasai perlawanan.
"Syamer selaku pemain tengah bertahan, jadi saya memang memerlukan pemain di posisi itu, saya sudah ada beberapa pemain yang boleh bermain posisi yang sama tapi dengan adanya Syamer, saya mempunyai pilihan.
JURULATIH-SYAMER KUTTY 2 (AKHIR) GEORGE TOWN
Beliau berkata Syamer turut menunjukkan reaksi positif sepanjang latihan seminggu lepas dan berusaha secepat mungkin untuk menyesuaikan diri dengan taktikal bersama rakan sepasukan yang lain.
"Keberadaan Syamer dapat membangkitkan semula semangat pasukan untuk berada di kedudukan yang lebih baik dalam memulakan kempen Liga Super bagi musim 2024/2025," katanya.
Akmal Rizal yang juga bekas penyerang kebangsaan itu berikrar untuk melakukan perubahan dari segi persembahan dalam setiap perlawanan bagi menarik peminat serta penyokong memenuhi Stadium Bandaraya di sini selain mendapatkan keputusan positif dalam setiap perlawanan.
Untuk rekod, Syamer, anak jati Pulau Pinang pernah menyarung jersi Harimau Kumbang pada 2016 dan 2017 sebelum ke JDT pada 2018 dan seterusnya membuat penampilan sulung untuk skuad kebangsaan pada kelayakan Piala Asia 2019.
Mengulas mengenai perlawanan Kejohanan Empat Penjuru Pra Musim menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Rabu lepas, Akmal Rizal berkata beliau berpuas hati dengan semangat juang setiap pemain meskipun kalah tipis.
TFC menang tipis 1-0 menumpaskan Harimau Kumbang hasil jaringan penyerang baharu Ismaheel Akinade pada babak kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Syamer Kutty ketika mengasak pemain Bahrain pada perlawanan di antara Malaysia menentang Bahrain peringkat kumpulan E Piala Asia 2023. - Foto fail/BERNAMA
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Piala Asia: Mohamed Syamer korban bulan madu demi Harimau Malaya
Mohamed Syamer bagaimanapun bersyukur pasangannya, Nur Miza Athira, sangat memahami komitmennya bersama skuad kebangsaan.
JDT: Syamer, Feroz selamat dirikan rumah tangga
Ramai peminat mereka masing-masing berkongsi gambar-gambar menarik ketika majlis mereka berlangsung.
JDT ikrar pertahan rekod bersih musim ini
JDT mahu pertahan rekod tanpa kalah musim ini selepas berjaya mengesahkan kejuaraan keenam Liga Super semalam.
Kelayakan AFC B-23: Akhyar, Faisal pastikan Malaysia benam Filipina
Akhyar jaring dua gol untuk bantu Malaysia menewaskan Filipina 3-0.